Menu

LANGGAR AKTA PERIKANAN, 3 DITAHAN MARIN WILAYAH 5

Miri, 28 April- Tiga rakyat tempatan ditahan dalam operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 di sekitar pelantar minyak Bokor, dekat sini, petang semalam.

Menurut Komandernya, ACP Kalai Chelvan Nadarajan, bertindak hasil daripada maklumat awam, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas dua buah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

"Siasatan lanjut terhadap bot-bot berkenaan mendapati pemilik bot melanggar Seksyen 8(A) Akta Perikanan 1985 kerana gagal menunjukkan lesen bot semasa pemeriksaan polis.

"Pihak polis turut merampas bot dan peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan dengan nilai anggaran RM39,011," ujar beliau.

Kesemua tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Miri untuk siasatan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS