Menu

SEMBILAN AHLI SINDIKET DADAH TUMPAS

Kuala Lumpur, 20 April 2017 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman dengan elemen 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group' (STING) berjaya menumpaskan sembilan ahli sindiket dadah dalam empat serbuan di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah JSJN PDRM, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd Shariff berkata, tangkapan terdiri daripada tujuh lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.5 juta serta harta sitaan bernilai RM830,000 yang terdiri daripada mata wang, lapan buah kenderaan, 14 utas jam tangan dan beberapa barang kemas.

Menurutnya, kesemua suspek direman sehingga 25 April 2017 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Jumlah tangkapan bermula 1 Januari hingga 17 April lalu adalah 57,872 orang dan nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai RM81.94 juta," tambah beliau lagi.

IMG_8428
Pengarah JSJN PDRM, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd Shariff menunjukkan dadah yang dirampas.

IMG_8455
Pengarah JSJN PDRM, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd Shariff menunjukkan jam tangan yang dirampas.

IMG_8491
Pengarah JSJN PDRM, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd Shariff menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas.
IMG_8361
Antara dadah yang dirampas.

IMG_8359
Antara peralatan memproses dadah yang dirampas.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS