Menu

PERAGUT GUNA MOTOSIKAL BERKUASA 650CC AKHIRNYA TUMPAS AKIBAT KEMALANGAN

Dua suspek kes ragut menggunakan motosikal berkuasa 650cc yang berleluasa di dalam daerah Johor Bahru Selatan akhirnya dicekup polis setelah mereka terlibat dalam satu kemalangan selepas meragut seorang mangsa di Jalan Tun Razak berhampiran Susur 6, Johor, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh, anggota MPV yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan telah dimaklumkan oleh orang ramai bahawa mangsa kemalangan yang terlibat adalah peragut yang tengah melarikan diri.

Semakan polis mendapati terdapat pelbagai barangan berharga terdapat pada kedua-dua suspek seperti beg tangan, gelang tangan, rantai leher, dompet, passport, telefon bimbit dan duit tunai.

Polis percaya dengan tertumpasnya kedua-dua suspek, kes ragut yang berleluasa di dalam daerah tersebut dapat diselesaikan.

Ikuti berita lanjut menerusi pautan keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS