Menu

NIGHT PATROL WITH NATIONAL HERO 5KM FUN WALK

Adakah anda ingin bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Jaguh Badminton Dunia, Dato’ Wira Lee Chong Wei dan Mr Universe, Datuk Sazali Samad? Ayuh sertai mereka dalam 'Night Patrol With National Hero 5km Fun Walk' pada 22 Julai 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pencegahan jenayah.

Peserta juga berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung oleh Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM), kehadiran ahli bina badan PDRM, Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti anda.

Pendaftaran boleh dibuat di
http://www.racexasia.com/e…/night-patrol-with-national-hero/
dan 1,000 peserta terawal yang mendaftar akan mendapat tiket bernilai RM120 bagi menyaksikan 'The Fantasy Rainforest' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendaftaran dibuka sekarang hingga 8 Julai 2017! Jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama sertai program ini!!!

#5KMFunWalk
#WalkWithPolice
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#rmp
#PDRM

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS