Menu

PRIHATIN TERHADAP MANGSA BANJIR, PDRM HULUR SUMBANGAN

Biarpun bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu mangsa-mangsa banjir, anggota polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU )tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd. Noor berkata, lawatan pihaknya di pusat pemindahan tersebut adalah bagi memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terjejas termasuk anggota polis yang menjadi mangsa dalam bencana banjir yang melanda seluruh negen ini.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS