Menu

JSPT TUBUHKAN USLR PERMUDAH PROSES SIASATAN


Hulu Selangor, 5 Februari 2018 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah setapak lagi apabila melancarkan Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) di Majlis Pelancaran Op Selamat 12 Bersempena Tahun Baharu Cina di kawasan Rehat dan Rawat Ulu Bernam, di sini, pagi tadi. 

USLR bertanggungjawab dalam menjalankan penyiasatan kes-kes kemalangan ringan serta berperanan sebagai pegawai penyiasat pertama untuk kes kemalangan maut dan cedera parah sementara menunggu kehadiran pegawai penyiasat kes sebenar dari daerah berdekatan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Op Selamat 12 yang dilancarkan pada hari ini masih mengekalkan konsep dan objektif yang sama seperti Op Selamat yang sebelumnya iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Ianya memfokuskan kepada usaha PDRM dalam mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmian berkata, masyarakat perlu memberikan sokongan dan kerjasama terutamanya dengan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah serta mematuhi undang-undang di jalan raya.

“Selain berpesan kepada jiran tetangga, jangan lupa memaklumkan kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai polis yang berdekatan atau dimuat turun daripada Portal Rasmi PDRM, www.rmp.gov.my,” tambahnya lagi.

Beliau turut menambah, pemakluman juga dapat dilakukan menerusi sistem SMS Rakan COP dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang merupakan satu mekanisma PDRM bagi menggalakkan kerjasama sesama masyarakat ke arah memerangi jenayah.

Dilaksanakan mulai 9 Februari sehingga 23 Februari ini, Op Selamat 12 akan meneruskan kolaborasinya dengan pelbagai agensi iaitu Emergency Response Team (ERT) yang terdiri daripada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD), Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans dan pihak media.

Majlis perasmian tadi turut dihadiri oleh Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim sebagai penaja utama, Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur OP Selamat 12, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan Ketua Pengarah (Perancang Dan Operasi) JPJ, Dato' Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Haji Ismail Md Salleh, Pengarah Eksekutif Prima Merdu Sdn Bhd, Dato’ Amer Hamzah Ahmed,  pegawai-pegawai kanan PDRM, ketua-ketua agensi jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta wakil-wakil media.

0S7A1023
Sekitar majlis perasmian Pejabat Operasi Unit Siasatan Lebuhraya (Zon Tengah) JSPT yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun..

0S7A0956
Sekitar gimik pelancaran OP Selamat 12 Tahun Baharu Cina 2018 dan Unit Siasatan Lebuhraya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik..

0S4A4059 copy
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun di Kawasan Rehat & Rawat Ulu Bernam, Selangor..

0S4A4135 copy
Bergambar kenangan..

0S4A4052 copy
Antara yang hadir.

0S4A4048 copy
Antara yang hadir.

0S7A0885
Sekitar bacaan doa..

0S7A1049
Bergambar kenangan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS