Menu

ANGGOTA RO BERAKSI BERSAMA MAT REMPIT

Kuala Lumpur – Turut beraksi bersama mat rempit. Itu taktik penyamaran dilakukan anggota Unit Risikan Operasi (RO) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam usaha menahan kumpulan pelumba berani mati di Lebuhraya Damasara-Ulu Kelang (DUKE).

Taktik penyamaran itu walaupun berisiko namun lebih berkesan kerana polis mempunyai bukti dan menjadi saksi untuk mensabitkan kesalahan mereka yang berlumba haram.

Hasilnya, tujuh remaja berjaya ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diketuai Inspektor Zarul Fikrie Hamzah bersama 12 anggota, semalam.

Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS