Menu

PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI BAHARU MASJID BUKIT AMAN DILANTIK

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2018 – Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Hashim Ali telah dilantik sebagai Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman yang baharu bagi menggantikan Ketua Penolong Pengarah (E7) Cawangan Khas, DCP Dato’ A. Rahman Haji Ahmad dalam satu Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman di Bilik Mesyuarat JIPS, Aras 8, Menara 1, Bukit Aman, sebentar tadi. 

Sementara kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman yang ditinggalkan beliau pula diisi oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling), JIPS, SAC Shafien Haji Mamat. 

Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas bagi kedua-dua jawatan di atas telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, selaku Penaung Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman yang kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada DCP Dato’ A. Rahman di atas prestasi cemerlang dalam memimpin jawatankuasa pentadbir serta mengimarahkan Masjid Bukit Aman sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan tersebut.

Seraya itu, IG Tan Sri Mohamad Fuzi juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada DCP Hashim dan SAC Shafien kerana telah terpilih untuk mengambil alih jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman yang baharu.

“Besarlah harapan saya melalui kepimpinan yang baharu ini, Masjid Bukit Aman akan dapat diperkasakan lagi khususnya dalam mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam,” ujar beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), SAC Sharul Othman Mansor, pegawai kanan polis serta pegawai rendah polis.

0R9A6548
Bergambar kenangan.

0R9A6618
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan cenderahati kepada DCP Dato’ A. Rahman Haji Ahmad.

0R9A6636 copy
Kiri DCP Hashim Ali telah dilantik sebagai Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman dan sebelah kanan Timbalan Pengerusi Pentadbir Masjid Bukit Aman, SAC Shafien Haji Mamat. 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS