Menu

PDRM ANJUR BENGKEL PERKASAKAN AKTA POLIS 1967

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengadakan bengkel Akta Polis 1967 [Akta 344] bagi memperkemas dan memperkasakan lagi skop akta tersebut untuk melindungi hak para pegawai serta anggotanya yang sedang bertugas.

Bengkel selama lima hari anjuran Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dan Pejabat Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka berakhir pada 12 Oktober depan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur, dekat sini, pagi tadi.

Seramai 60 peserta bengkel yang terdiri daripada para pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) sehingga Senior Asisten Komisioner (SAC) mengambil bahagian bagi mendapatkan cadangan-cadangan yang releven sebelum dipersembahkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk persetujuan.

Berucap dalam majlis perasmian tadi, Tan Sri Noor Rashid berharap agar PDRM sentiasa bersiap siaga untuk menapak selangkah ke hadapan dalam menterjemahkan setiap pendekatan dan dasar-dasar baharu yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan sekarang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Ramli Din, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

0S4A5778
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian pada hari ini.

0S4A5726
Nyanyian lagu 'Negaraku' dan 'Sang Saka Biru'.

0S4A5794
Sekitar majlis berlangsung.

0S4A5737
Sekitar majlis berlangsung.

0S7A4961
Sekitar majlis berlangsung.

0S4A5811
Sesi penyampaian cenderahati daripada Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Ramli Din kepada Timbalan Ketua Polis Negara.

0S7A4934
Sesi bergambar kenangan peserta bengkel bersama Timbalan Ketua Polis Negara.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS