Menu

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BAHARU 2019

Kuala Lumpur, 10 Januari 2019 – Seramai 350 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat Bukit Aman dan sekitar Lembah Klang menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bersempena sambutan tahun baharu 2019 anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Masjid Bukit Aman, dekat sini, malam tadi.

Majlis yang diadakan secara serentak di seluruh kontinjen dan formasi itu bertujuan untuk memohon dari Yang Maha Esa agar PDRM terus diberikan perlindungan ketika melaksanakan tugas untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim turut bersama-sama hadir menyerikan lagi majlis tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pengarah JIPS (Agama) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.

Hadir sama, barisan pengarah PDRM, para pesara polis dan tetamu jemputan luar.

0S4A8281
Sekitar bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat pada hari ini.

0R9A1471
Penolong Pengarah JIPS (Agama) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud memimpin bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat pada hari ini.

0S4A8228
Solat Maghrib berjemaah.

0S4A8273
Sekitar bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat pada hari ini.

0S4A8248
Sekitar bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat pada hari ini.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS