Menu

LELAKI TAMPAR KEPALA PEKERJA WANITA DIREMAN POLIS

Polis kini menahan reman seorang suspek yang mengaku memukul mangsa yang juga pekerja di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, Pulau Pinang setelah perintah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Balik Pulau, pagi tadi.


Rakaman video mengenai suspek memukul mangsa seorang wanita tular di media sosial sebelum lelaki berkenaan dikatakan melarikan diri dan bersembunyi.

Suspek yang berumur 47 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Berita lanjut menerusi pautan Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS