Menu

VIDEO KES SAMUN TULAR SEBENARNYA BERLAKU DI SEPANYOL

AUTA

Hari ini tular rakaman video berdurasi lebih dua minit yang memperlihatkan pelanggan di sebuah restoran disamun sekumpulan penjenayah.

Rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa berlaku di sebuah restoran di Malaysia.

Turut disertakan adalah beberapa gambar lelaki dikatakan penjenayah warga Malaysia yang dipercayai terlibat dalam kejadian jenayah tersebut.

FAKTA

Semakan Sinar Harian mendapati kejadian jenayah itu berlaku di bandar Cartagena di Sepanyol.

Melalui keterangan di pautan El Heraldo, kejadian jenayah berlaku dalam tempoh lima hari berturut-turut di beberapa lokasi berbeza.

Sementara itu, semakan terhadap gambar dipercayai suspek pula merupakan lelaki yang dikesan Polis Diraja Malaysia pada 2013.

Kumpulan lelaki itu dipercayai terlibat dalam 37 kes samun yang menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/7748?__twitter_impression=true&fbclid=IwAR0h3yNvIiJifgYExDKZ6JAFybZcvY0o_ihYfgQMVJ00bADGPuVDEPuox04

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS