Menu

TAN SRI NOOR RASHID SERTAI WARGA PDRM ADAKAN TAHLIL, DOA SELAMAT

Kuala Lumpur, 14 Mac 2019 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama lebih 400 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena persaraannya esok, di Masjid Bukit Aman, dekat sini.

Majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM.

Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat tadi dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) JIPS Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud sejurus selesai solat Fardhu Maghrib.

Yang turut hadir, Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, ahli-ahli PERKEP dan para pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Image may contain: 1 person
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, di Masjid Bukit Aman.

Image may contain: one or more people and indoor
Sekitar solat Maghrib yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Agama) JIPS Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud.

Image may contain: one or more people, wedding and indoor
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, di Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 1 person
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, di Masjid Bukit Aman.

Image may contain: one or more people and text
Sekitar Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, di Masjid Bukit Aman.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS