Menu

IFSEC 2019: PDRM SAMBUT BAIK USAHA BERSAMA PERANGI JENAYAH

Kuala Lumpur, 20 Mac 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik usaha penganjuran International Fire and Security Exhibition and Conference Southeast Asia (IFSEC) 2019 dalam mengekalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang selamat di rantau Asia Tenggara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman dalam ucapannya sempena Hi-Tea and Networking Reception IFSEC 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition (MITEC) hari ini, berkata, inisiatif dan usaha United Business Media (UBM) Sdn Bhd menganjurkan program seumpama ini amat terpuji kerana ianya memberikan pendedahan dan tumpuan kepada aspek keselamatan khususnya melibatkan agensi-agensi keselamatan seperti PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ketika ditemui, beliau turut mengulas berkenaan penguatkuasaan Program Taman Angkat yang telah dilancarkan pada awal tahun ini apabila program tersebut berjaya mengurangkan kadar jenayah dengan konsep penerapan kadar rondaan serta kerjasama bersama daripada para penduduk.

Terdahulu, telah diadakan Forum 'Towards A Safe Living and Working Environment' melibatkan panel yang terdiri daripada Pengerusi UBM Malaysia, Tan Sri Dato' Dr. Ahmad Mustaffa Babjee, Penolong Pengarah JPJKK (Bahagian Analisis Data), SAC Dato' Selven Tharmalingam, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato' Wira Ayub Haji Yaakob, Senior Consultant, Executive Protection and Corporate Risk Division, International Association of Counter Terrorrism and Security Professional Southeast Asia Region, Mr. Uva Raj dan Corporated and Crime Safety Specialist, Prevent Crime Now, Mr. Shamir R.

Forum yang berlangsung selama satu jam itu turut membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan global, komuniti dan kerjaya sebelum diakhiri dengan sesi soal jawab oleh peserta yang hadir.

IFSEC 2019 yang diadakan bermula 19 hingga 21 Mac 2019 ini melibatkan pelbagai pameran dan program berkonsepkan keselamatan daripada 42 buah agensi kerajaan dan swasta dari 20 buah negara di seluruh dunia.

_MG_8905
Antara tetamu utama yang hadir dalam forum pada hari ini.

_MG_8866
Barisan panel dalam forum pada hari ini.


_MG_8876
Sekitar forum berlangsung.

_MG_8896
Sekitar forum berlangsung.

_MG_8900
Sekitar forum berlangsung.

_MG_8907
Sesi soal jawab.

_MG_8952
Sekitar majlis berlangsung, Pengarah JPJKK, CP Dato' Rosli Ab Rahman dibawa melawat sekitar tapak pameran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS