Menu

30 OPERATIF UTK TAMAT DUA LATIHAN UTAMA BAGI TAHUN 2019

Kuala Lumpur, 12 April 2019 - Seramai 30 operatif Unit Tindakhas (UTK) berjaya menamatkan Kursus Kawalan Rapat Keselamatan Orang Kenamanaan siri 2/2019 dan Kursus Seni Mempertahankan Diri siri 1/2019 dalam satu majlis yang diadakan, pagi tadi.

Mereka telah menjalani kedua-dua kursus utama UTK tersebut di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Briged Utara, Ulu Kinta, Perak selama tiga minggu sejak 18 Mac lalu.

Turut diadakan, Majlis Penutupan Kursus Pemanduan ‘Offensive and Defensive’ kepada 15 peserta yang terdiri daripada seorang pegawai kanan dan 14 pegawai rendah polis. Kesemuanya berjaya menamatkan latihan yang diadakan selama dua minggu di Batalion 3, PGA, Bidor, Perak.

Majlis penutupan ketiga-tiga kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairudin di Kompleks UTK, Bukit Aman, dekat sini.

Berucap dalam majlis tersebut, SAC Mohd Khairi berharap agar ilmu yang diperolehi oleh para peserta sepanjang kursus dapat dipraktikkan sepenuhnya sewaktu bertugas di lapangan.

“Syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.

“Adalah diharapkan agar ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi pasukan,” ujar beliau.

Terdahulu, SAC Mohd Khairi telah menyempurnakan upacara penyampaian Sijil Penyertaan kursus kepada semua peserta sambil disaksikan oleh ahli keluarga mereka yang turut hadir.

Turut hadir, Timbalan Komander UTK (Operasi), ACP M.V. Sri Kumar M. Nair, Timbalan Komander UTK (Kepolisan Am), Superintendan Dasuki Che Driss, Penolong Komander UTK (Operasi), Superintendan Abd Rahim Rahman, Ketua Pegawai Keselamatan/Pengiring Istana Negara, Superintendan Mohd Azani Omar serta para pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 5 people, people smiling, crowd and outdoor
Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairudin bergambar bersama peserta kursus.

 
 
 
 

Image may contain: 8 people, outdoor
Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairudin menyampaikan sijil kursus kepada peserta kursus.

Image may contain: 4 people, text
Ucapan oleh Komander UTK, SAC Mohd Khairi Khairudin.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian cenderahati.

Image may contain: one or more people and outdoor
Sekitar Majlis Penutup Kursus-Kursus UTK yang berlangsung di Kompleks UTK, Bukit Aman.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS