Kuala Lumpur, 7 November 2019 - Menyusuri arus modenisasi kini yang turut menjadi penyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah siber, menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) untuk bertindak ‘beyond the norm’ bagi mendepani cabaran dan ancaman melalui eksploitasi dunia digital.
Bertitik tolak daripada hal tersebut, satu Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil yang memfokuskan Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019 telah diadakan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya (UM).
Persidangan yang julung kali diadakan bersama universiti awam itu diisi dengan pelbagai slot ceramah oleh beberapa pakar dalam bidang jenayah siber. Antaranya Senior Director of Information Security, Asia Pasific University, Profesor Madya Kolonel (B) Dato’ Dr. Husin Jazri, Managing Director for India and Middle East, SYBORG Informations System, Tuan Ashutosh Kar, Head, Digital Forensic, CyberSecurity Malaysia, Tuan Mohd Zabri Adil Talib dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Puan Faten Hadni Khairuddin.
Berucap dalam majlis perasmian penutupan, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyifatkan persidangan itu sebagai satu pendekatan terbaik untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang trend jenayah siber kepada masyarakat. Jelas beliau, jalinan kolaborasi yang strategik dan perkongsian maklumat bersama lain-lain agensi, pasukan polis antarabangsa serta orang perseorangan turut menyumbang kepada kejayaan-kejayaan berskala besar buat Pasukan, khususnya JSJK.
“PDRM melihat wujudnya keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat, agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan jenayah siber,” ujar beliau lagi. Antara tarikan lain sempena persidangan kali ini adalah tawaran diskaun saman trafik sehingga 50% dan booth pameran dari pelbagai jabatan PDRM serta penaja.
Turut hadir pada hari ini, Naib Canselor UM, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Haji Hashim, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, Dekan FSKTM UM, Datin Profesor Dr. Sameem Abdul Kareem, para pegawai kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Gimik Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dibawa mengunjungi 'booth' pameran pada hari ini.

Forum 1: 'Trend dan Isu Semasa Jenayah Komersil Siber'.

Kata-kata aluan oleh Dekan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Datin Profesor Dr. Sameem Abdul Kareem.

Antara peserta yang menghadiri Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019.

Antara peserta yang menghadiri Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019.

Sekitar majlis pada hari ini.

Sesi ceramah bertajuk ‘Sisi Gelap Ruang Siber (Dark Side of Cyberspace)’ oleh Senior Director of Information Security of Asia Pasific University, Profesor Madya Kolonel (B) Dato’ Dr. Husin Jazri.

Sesi ceramah bertajuk ‘Trend dan Strategi Jenayah Siber Global dan Domestik (Global and Domestic Cybercrime Trend and Strategies)’ oleh Managing Director for India & Middle east, SYBORG Informationssysteme, Tuan Ashutosh Kar.

Sesi ceramah bertajuk ‘Forensik Siber: menyiasat Dunia Digital (Cyber Forensic: Investigating The Digital World)’ oleh Head, Digital Forensic, CyberSecurity Malaysia, Tuan Mohd Zabri Adil Talib.

Sesi ceramah bertajuk ‘Pendakwaan dan Penghakiman Jenayah Siber (Prosecution & Judgement of Cyber Criminal)’ daripada Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Puan Faten Hadni Khairuddin.

Kaunter semakan saman trafik PDRM turut dibuka kepada para pengunjung.

Antara peserta yang menghadiri Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019.

Sekitar sesi soal jawab bersama ahli panel forum.

Forum 2: 'Penguatkuasaan Jenayah Komersil Siber.'

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Ucapan perasmian penutupan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Gimik Majlis Perasmian Penutupan Persidangan Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019.

Sesi penyampaian cenderahati kenangan di antara Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Naib Canselor UM, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Haji Hashim.

Sesi penyampaian cenderahati kenangan di antara Pengarah JSJK, CP Dato' Zakaria Ahmad dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM, Datin Profesor Dr. Sameem Abdul Kareem.

Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan aturcara program pada hari ini.