Menu

VIDEO PILIHAN: LAO WU ANJING PERTAMA TERIMA PINGAT JASAMU DIKENANG

Kuantan, 13 Februari 2020 - Seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi Polis Kontinjen Pahang.

Anjing bernama Lao Wu menerima pingat berkenaan daripada Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abd Jalil Hassan, yang diwakili timbalannya, DCP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.