Menu

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [POSTING PILIHAN] OP BENTENG: POLIS PERAK TINGKAT KAWALAN SEMPADAN NEGARA

Ipoh, 30 Jun 2020 - Polis memperketatkan kawalan sempadan yang dikesan menjadi laluan sindiket penyeludupan migran terutama di utara dan selatan negeri Perak.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Razarudin Husain berkata pihaknya mengadakan sekatan jalan raya di seluruh laluan sempadan negeri dalam usaha mengekang jenayah itu menerusi pelaksanaan Op Benteng.

“Dalam Op Benteng ini, kita membantu dalam membuat sekatan jalan di kawasan-kawasan selepas perairan, maksudnya seperti di Teluk Intan yang bersempadan di antara Sabak Bernam yang mana mereka akan melalui sekatan jalan sekiranya telah menembusi laut.

“Begitu juga di Kerian, Taiping dan kawasan-kawasan yang bersempadan dengan laut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pemantauan Program Pegawai Perhubungan Sekolah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini, semalam.

Beliau berkata polis Perak turut menumpukan operasi sekatan jalan di kawasan darat sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu, Hulu Perak yang bersempadan dengan negara jiran.

Katanya, dua lelaki tempatan antara 20 lelaki iaitu tujuh warga Myanmar, enam Indonesia, empat Bangladesh serta seorang Pakistan ditahan di sekatan jalan sekitar daerah Hilir Perak dan Kerian sejak 12 Jun hingga Jumaat lepas.

Menurut Dato’ Razarudin, seorang daripada lelaki tempatan itu ditahan bersama dua lelaki Indonesia di sekatan jalan di Km 27, Jalan Feri Hutan Melintang pada 12 Jun kerana disyaki menyeludup warga asing berkenaan ke negara ini.

"Manakala seorang lagi lelaki tempatan ditahan bersama dua lelaki Myanmar di lokasi sama pada Jumaat lalu disyaki atas kesalahan sama.

“Terdapat banyak tahanan terutamanya di sekatan jalan namun dalam tempoh dua hari ini tiada tangkapan dan tiada yang melintasi sekatan jalan yang dijalankan pihak polis,” katanya.

Ditanya mengenai tiga anggota polis yang ditahan kerana disyaki bersubahat dengan sindiket penyeludupan migran di Hutan Melintang, daerah Hilir Perak, dalam Op Benteng bermula 4 April lepas, Dato’ Razarudin berkata siasatan terhadap mereka masih dijalankan.

“Tiada penahanan baharu melibatkan anggota polis yang terlibat dengan sindiket penyeludupan migran setakat ini,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Razarudin telah mengadakan Pemantauan Program Pegawai Perhubungan Sekolah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) di SMJK Sam Tet bagi memantau serta berkongsi pandangan bersama pihak sekolah dalam memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dipatuhi serta menggalakkan penjagaan kebersihan diri dalam kalangan guru dan pelajar di sekolah tersebut.

Sumber: BERNAMA dan Polis Perak

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 7 people, people standing, crowd and outdoor
Image may contain: 5 people, people standing and indoor
Image may contain: 3 people, people standing
Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Image may contain: 5 people, people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS