BICARA PERDANA XXIX BERSAMA KETUA POLIS NEGARA
BICARA PERDANA XXIX BERSAMA KETUA POLIS NEGARA
Tarikh : 25 April 2016 (Isnin)
Tempat : Persada Canselori, UKM Bangi..
Program Syarahan Umum Ketua Polis Negara ini adalah julung-julung kali diadakan melibatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Program ini adalah sempena Sambutan Hari Polis Ke-209 pada 25 Mac lepas dan ianya juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan daripada UKM kepada PDRM dalam berkongsi satu platform membincangkan isu-isu keselamatan negara.