BUKIT AMAN, 7 JULAI – Sebanyak 123,193 saman telah dijelaskan di dalam
Op Warta Khas 2014 yang dijalankan pada 16 hingga 27 Jun lalu berbanding
operasi yang sama sebelumnya hanya 63,933 jumlah saman pada 4 Jun
hingga 7 Jun lalu.
Ketua
Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Mohd Fuad
Abd Latiff berkata objektif utama operasi yang dijalankan adalah
mengesan individu yang memiliki waran tangkap dan pihaknya berhasil
menahan seramai 16,486 individu dalam sekatan jalan raya yang dijalankan
di seluruh negara.
“Waran
tangkap yang berbaki 1.9 juta yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara
dalam penutupan Op Selamat 4 yang lalu, sebanyak 1,750,021 waran tangkap
yang masih belum dijelaskan dan kira-kira 250,000 waran tangkap dapat
diselesaikan sejak Februari hingga selesai Op Warta Khas pada 27 Jun
2014,” katanya dalam sidang media yang dijalankan di Bukit Aman pagi
tadi.
Selain
itu, sebanyak 4,026 saman telah dikeluarkan kepada pemandu-pemandu yang
menggunakan nombor plat pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
“Kami
tetap berusaha dan akan meneruskan Op Warta secara berterusan sehingga
dapat menyelesaikan baki waran tangkap yang masih ada,” tambahnya lagi.
Beliau
menasihatkan orang ramai yang memiliki waran tangkap dan masih belum
menjelaskannya hendaklah berbuat demikian di mana-mana kaunter trafik
Ibu Pejabat Polis Daerah yang berdekatan bagi mengelakkan diri daripada
ditahan pihak polis memandangkan bagi mereka yang memiliki waran tangkap
rekodnya tersimpan dalam sistem COPS PDRM.