Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KERJASAMA BERTERUSAN NBOS JAMIN KESELAMATAN NEGARA

Oleh : Kpl Edwind Indo

KERJASAMA BERTERUSAN NBOS JAMIN KESELAMATAN NEGARA

Kuala Lumpur, 9 Julai – Seramai lebih kurang 100 peserta hadir dalam Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 42/2013 di Dewan Hikmat Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia, tengahari tadi.

Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Cabaran PDRM Ke Arah Mengekalkan Keselamatan Antarabangsa.

Beliau dalam ceramahnya memberi penjelasan mengenai masalah pendatang asing, jenayah dadah, jenayah siber dan ancaman pengganas.

Beliau berkata, selaku penjaga keamanan dan keselamatan negara pasukan keselamatan sentiasa berkorban demi untuk negara.

Kesemua peserta yang menyertai kursus tersebut bakal memperoleh Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan serta Sijil 'Passed Staff College' (PSC).

Mereka terdiri daripada pegawai tentera yang terpilih daripada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga para pegawai tentera dari negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Antara negara sahabat tersebut adalah Afghanistan, Australia, Bangladesh, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Kemboja, China, Fiji, India, Indonesia, Jordan, Korea, Laos, Lebanon, Maldives, Nepal, New Zealand, Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Saudi Arabia, Singapura, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Timor Leste, Uganda, Amerika Syarikat, Vietnam dan Zimbabwe.

Turut hadir adalah Komandan MTAT, Y.Bhg Brigadier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail.


Pegawai Kanan PDRM/ATM menanti ketibaan Ketua Polis Negara


Komandan MTAT, Y.Bhg Brigadier Jeneral Dato' Ismet Nayan bin Ismail menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar



Ketibaan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar disambut oleh Pegawai Kanan ATM


Majlis menandatangani buku pelawat








Antara yang hadir



Ceramah Cabaran PDRM Ke Arah Mengekalkan Keselamatan Antarabangsa oleh YDH Ketua Polis Negara









Sekitar sesi soal dan jawab


Majlis penyampaian cenderahati kenangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS