Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

LAWATAN KERJA KPN KE TAPAK GALERI PAHLAWAN NEGARA

LAWATAN KERJA KPN KE TAPAK GALERI PAHLAWAN NEGARA

Putrajaya, 17 Januari 2018 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengadakan lawatan kerja ke Tapak Galeri Pahlawan Negara di Dataran Pahlawan, di sini, pagi tadi.

Penubuhan Galeri Pahlawan Negara ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahan dan mengekalkan kedaulatan negara.

Dalam sesi lawatan kerja itu, Ketua Polis Negara mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Muzium Kepolisian, Superintendan Selamat Sainayune mengenai cadangan pengisian dan rekaan dalaman galeri yang bakal dibuka kepada umum pada 31 Julai 2018 sempena sambutan Hari Pahlawan.

Galeri ini akan mempamerkan artifak dan bahan peninggalan sejarah seperti potret-potret, peralatan serta pingat yang melibatkan wira-wira negara dari PDRM dan ATM yang bertujuan memberi kesedaran dan mendidik golongan muda untuk menjiwai semangat dan roh kepahlawanan generasi terdahulu yang banyak berkorban dalam mempertahankan keselamatan negara.

Turut hadir dalam lawatan kerja tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri, Encik Zakaria Shaaban, barisan pengarah PDRM, Pengarah Urusan President Sign Sdn. Bhd., Datuk Jennifer Sing Sai Hiang dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Gambar sekitar lawatan kerja ke Galeri Pahlawan Negara
_MG_6494_MG_6526_MG_6546_MG_6571
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS