Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

MAJLIS MERAIKAN PESARA PDRM PERINGKAT BUKIT AMAN TAHUN 2017


Kuala Lumpur, 26 Januari 2018 – Majlis Meraikan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Bukit Aman, Tahun 2017 anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah berlangsung dalam suasana yang mesra dan meriah di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Acara tradisi saban tahun kali ini meraikan seramai 259 pesara warga PDRM yang terdiri daripada para pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam. Majlis seumpama ini  merupakan satu acara untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka sepanjang berkhidmat di dalam PDRM khususnya di peringkat Bukit Aman. 

Majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah selaku tetamu kehormat mewakili pucuk pimpinan PDRM.

“Para pesara digalakkan untuk terus berbakti kepada pasukan, bangsa dan negara dengan menyertai mana-mana persatuan mahupun penglibatan dalam program-program kemasyarakatan yang menyumbang kepada pembangunan negara” ujar beliau.

“Sesungguhnya, pengalaman dan kepakaran golongan pesara amat berharga untuk dikongsi kepada barisan pelapis-pelapis muda seterusnya dimanfaatkan untuk membantu meneruskan agenda pembangunan negara umumnya dan Pasukan khasnya,” tambah beliau.

Turut hadir tadi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Zaini Jass, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat, wakil pesara, Datuk Jalaludin Ibrahim dan para pegawai kanan PDRM.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.



WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32 (6)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32 (5)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32 (4)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32 (3)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyampaikan cenderahati kepada pesara-pesara.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.32 (2)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bersama wakil pesara, Datuk Jalaludin Ibrahim.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.04 (1)
Antara pesara-pesara yang hadir memeriahkan majlis.

WhatsApp Image 2018-01-27 at 01.22.04
Antara pegawai kanan PDRM dan pesara yang hadir memeriahkan majlis.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS