Kuala Lumpur, 17 November 2019 – "Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan" - itu peribahasa paling tepat diumpamakan buat sembilan pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Lebih mempesonakan, persandingan kesemua pasangan raja sehari yang menyarungkan pakaian istiadat polis itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki serta 2,000 para tetamu termasuk keluarga dan sanak saudara masing-masing.
Kesemua pasangan pengantin diiring ke pelamin yang tersergam indah dengan paluan kompang, khas buat hari paling bersejarah dalam hidup mereka.
Kemuncak majlis, para pengantin bersalaman dengan KPN dan isteri serta ibu bapa masing-masing dalam Upacara Salam Restu sebagai simbolik mendapat keberkatan atas mahligai yang dibina.
Terdahulu, semua pasangan telah diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah di Masjid Solehin, PULAPOL pada 11 November yang lalu.
Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya berkata, kesudian Bank Muamalat Malaysia Berhad meneruskan kolaborasi bersama PDRM untuk menaja program bagi tahun kedua merupakan satu bentuk penghargaan kepada warga PDRM.
"Saya dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja bagi program ini dan berharap agar usaha murni Bank Muamalat dapat dijadikan ikutan oleh organisasi lain.
“Sumbangan yang diberi dapat mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan yang perlu ditanggung oleh warga PDRM yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga,” katanya lagi.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tuan Haji Peer Mohamed Ibramsha, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato' Abdul Majid Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan polis.
Kuala Lumpur, 17 November 2019 – "Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan" - itu peribahasa paling tepat diumpamakan buat sembilan pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Kuala Lumpur, 17 November 2019 – "Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan" - itu peribahasa paling tepat diumpamakan buat sembilan pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Kuala Lumpur, 17 November 2019 – "Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan" - itu peribahasa paling tepat diumpamakan buat sembilan pasangan mempelai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.
Upacara memotong Kek Perkahwinan dalam Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Ketibaan pasangan pengantin di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Sekitar Majlis Walimatul Urus PDRM di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Sekitar berlangsung Majlis Akad Nikah pada 11 November 2019 di Masjid Solehin, Pulapol Kuala Lumpur.
Sekitar berlangsung upacara Akad Nikah lafaz Ta’liq dan penyerahan mas kahwin di Masjid Solehin, Pulapol Kuala Lumpur pada 11 November 2019.
Sekitar berlangsung upacara Akad Nikah lafaz Ta’liq dan penyerahan mas kahwin di Masjid Solehin, Pulapol Kuala Lumpur pada 11 November 2019.
Sekitar berlangsung sesi lafaz wasiat dan aku janji serta lafaz keluarga sakinah pada 11 November 2019.
Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar menyampaikan hadiah perkahwinan sumbangan dari tabung Wa Kallah zakat berupa wang tunai bernilai RM500 bagi setiap pasangan pada 11 November 2019.
Pasangan pengantin bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Rahim Jaafar dan pegawai-pegawai kanan PDRM.