Kuala Lumpur, 3 Julai 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir serta delegasi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Antara intipati perjumpaan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras aktiviti penyeludupan di negara ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato’ Johari Alifiah, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Tuan Mohd Yunus Charlie Charington, barisan Pengarah PDRM dan JKDM
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir.
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir serta delegasi ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Abdul Latif Abdul Kadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.