Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PENGUATKUASA KPDNHEP


Kuala Lumpur, 7 Julai 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan menambah baik kerjasama antara PDRM dengan KPDNHEP dari segi bantuan prasarana yang diperlukan semasa menjalankan Operasi Bersepadu serta mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua agensi. Pihak KPDNHEP juga berhasrat agar Kursus Siasatan Online bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dapat diteruskan di samping kolaborasi lain-lain penugasan yang memerlukan kerjasama semua jabatan di dalam PDRM.

Hadir sama, Pemangku Pengarah JSJK, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, Timbalan Pengarah Penguatkuasa Pencegahan KPDNHEP, Tuan Haji Azman Adam, barisan Timbalan Pengarah PDRM dan pegawai kanan KPDNHEP.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor
Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people sitting
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman.

Image may contain: 2 people, indoor
Pengarah Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Iskandar Halim Haji Sulaiman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah Penguatkuasa Pencegahan KPDNHEP, Tuan Haji Azman Adam.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS