Kuala Lumpur, 9 Julai 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Logistik Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Delegasi yang diketuai oleh Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara dua agensi melalui penyelarasan logistik bagi keperluan operasi, latihan dan pentadbiran khususnya untuk keselamatan negara.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid, Pengarah Dasar Logistik, Bahagian Logistik Pertahanan Markas ATM, Kolonel Abd Hafiz Ahmad dan Pegawai Staf 1 Khidmat, Leftenan Kolonel Hishamudin A.Rahim.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli.
Sekitar kunjungan hormat daripada Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli menandatangani buku pelawat.
Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Meor Anuar Shuhaili Mohd Ramli menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.