Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#PKPP #COVID-19 VIDEO PILIHAN: OP BERSEPADU AMBANG MERDEKA USAHA BANTERAS PESALAH LALU LINTAS

Jom saksikan rangkuman Operasi Bersepadu Ambang Merdeka yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada malam ambang Merdeka yang lepas.

Op bersepadu itu bertujuan membanteras pemandu yang melakukan salah laku di jalan raya dan di bawah pengaruh dadah serta alkohol.

Operasi dilakukan di dua tempat berbeza iaitu kawasan Dataran Bandar, Alor Setar, Kedah yang turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Kedah Kota Setar, ACP Tuan Nor Azman Mohd Noor dan di seluruh daerah Petaling Jaya, Selangor oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

Dalam operasi tersebut, saman telah dikeluarkan bagi pesalah lalu lintas di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Manakala mereka yang didapati positif dadah diserahkan kepada AADK untuk disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 31 Akta Penagih Dadah 1983.

Sumber: 999 TV3

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Link: https://www.facebook.com/999TV3/videos/429116928051503/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS