Batang Padang, 17 September 2020 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya merasmikan upacara penutup Program Outreach My Psikologi Spiritual anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), JIPS Bukit Aman di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, di sini sebagai menghargai warga pribumi, di samping menyantuni pasukan Senoi Praaq, kelmarin.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak BAKA bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Batalion 3, adalah perkhidmatan psikologi dan kaunseling, klinik solat dan Al-Quran, ujian psikologi, sukaneka dan sesi ziarah ke rumah keluarga warga Senoi Praaq.
Dato' Zamri juga berbesar hati menyerahkan surat penghargaan kepada Pengerusi PERKEP Batalion 3, Puan Zuraini Majid atas usaha murni tersebut.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, DCP Dato' Abd Razak Elias, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, SAC Tuan Haji Ghazali Haji Daud, Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superitendan Rosman Kasman dan barisan pegawai PDRM serta wakil PERKEP Batalion 3 PGA Bidor.
Sumber: Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA JIPS PDRM
Link: https://www.facebook.com/BAKAJIPSPDRM/posts/1855559937914238