Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PDRM PERCEPAT BANTUAN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL NORHALIM - KPN


Temerloh, 9 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempercepatkan sebarang bentuk bantuan untuk keluarga Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani memberitahu, setiap anggota polis digalakkan mengambil insurans berkelompok koperasi polis.

Menurutnya, pada masa sama Allahyarham Konstabel Norhalim juga akan menerima ganjaran-ganjaran sebagaimana layaknya selaku penjawat awam mengikut skala dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Insyallah perkara tersebut sedang dilaksanakan dan saya juga telah meminta Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail agar segala urusan pewaris dijalankan secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman keluarga Norhalim di Felda Bukit Damar, Lanchang pada Ahad.

Sementara itu, Dato' Aidi memberitahu Allahyarham Konstabel Norhalim memiliki tiga polisi insurans dengan koperasi polis bernilai RM99,000.

"Kita akan mempercepatkan dengan pihak koperasi untuk pemberian pampasan insurans tersebut," ujarnya yang turut menzahirkan kesedihan yang dihadapi keluarga tersebut berikutan kehilangan anggota polis itu dalam insiden terbabit.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Konstabel-maut...

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS