Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH DI SEBALIK JUALAN KOSMETIK


Kota Bharu, 9 Mei 2021 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi seorang usahawan wanita bergelar Datin dengan berselindung di sebalik penjualan kosmetik dan merampas dadah bernilai RM2.34 juta.

Ia membabitkan 180,000 biji pil Yaba dan 14.9 kilogram (kg) dadah jenis Syabu menerusi serbuan membabitkan lima lokasi di tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas sejak kelmarin hingga semalam.

Menerusi serbuan berkenaan, polis menahan 11 individu berusia 23 hingga 48 tahun masing-masing tujuh lelaki dan empat wanita warga Thailand termasuk usahawan kosmetik bergelar Datin itu.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Shafien Mamat berkata, sindiket dadah dikenali sebagai 'sindiket datin' itu berjaya ditumpaskan susulan risikan dan intipan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan sejak beberapa minggu lalu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-tumpas-sindiket...

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan Berita Harian

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of one or more people, people standing, car and outdoors

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS