Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: POLIS, ESSCOM TAHAN LAPAN AHLI KUMPULAN ABU SAYYAF DI BEAUFORT

Kota Kinabalu, 10 Mei 2021 - Polis dan anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf warganegara Filipina termasuk dua yang dikehendaki pihak berkuasa negeri itu, dalam operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabtu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan bersama 29 lagi individu, semuanya warganegara Filipina, dalam operasi di kawasan paya bakau pada 3 pagi itu.

"Kita telah semak dengan pasukan keselamatan Filipina dan mereka mengesahkan lapan lelaki itu ahli kumpulan Abu Sayyaf yang melarikan diri ke Sabah hasil operasi dijalankan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut.

"Semakan dengan pihak Filipina juga mendapati dua daripada ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dinamakan dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Dato’ Hazani berkata, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu tidak terlibat dengan kegiatan menculik untuk wang tebusan di negeri ini dan dipercayai mereka mahu menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1960492

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS