Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-100 BUAT TAN SRI J.J RAJ!

Ketua Polis Negara dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-100 buat perwira negara yang juga pesara pegawai kanan polis, Tan Sri J.J Raj (Jr).

Tan Sri J.J Raj merupakan Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor semasa berlakunya peristiwa berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Sejurus menerima perkhabaran buruk mengenai serangan pengganas Komunis terhadap Balai Polis Kepong, beliau bersama sepasukan anggota polis terpaksa meredah hutan belantara selama beberapa jam sebelum tiba di tempat kejadian.

Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan anggota-anggota balai yang masih hidup dan cedera parah untuk segera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Sesungghnya usaha dan pengorbanan Tan Sri J.J Raj akan sentiasa dikenang dan dijadikan inspirasi serta kekuatan kepada seluruh Pasukan.

Doa kami semoga Tan Sri J.J Raj diberi kesihatan yang berpanjangan dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS