Berita

#WarAgainstDrugs [POSTING PILIHAN] PERANGI DADAH : MESYUARAT KHAS KETUA POLIS NEGARA BERSAMA JSJN

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi memerangi dadah bertempat di Kompleks Narkotik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Sri Acryl Sani menyeru agar JSJN terus mengekalkan momentum kejayaan dalam melawan ancaman musuh nombor satu negara yang telah membelenggu negara selama ini.

CP Dato’ Razarudin Husain selaku Pengarah JSJN turut menyampaikan taklimat bertajuk Ancaman Dadah dari Perspektif Keselamatan Negara, pencapaian JSJN dan isu-isu dadah semasa.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, Timbalan Pengarah JSJN (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi), DCP Tuan Zainudin Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS