Berita

POSTING PILIHAN: MDN ADAKAN LAWATAN KERJA KE CIQ DESARU

Kota Tinggi, 30 Oktober 2021 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Desaru, di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja tersebut ialah Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Hj. Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud.