Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: 8 POS BARU PGA DI SABAH, SARAWAK TINGKATKAN KEUPAYAAN KAWALAN SEMPADAN - TIMBALAN KPN

Tumpat, 2 November 2021 - Lapan pos kawalan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bakal dibina di Sabah dan Sarawak mampu mempertingkatkan kawalan sempadan di kedua-dua negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, pos kawalan berkenaan akan dibina dalam masa terdekat.

"Tujuh pos dibina di Sarawak dan satu pos di Sabah dengan setiap pos membabitkan kekuatan 26 pegawai dan anggota.

"Penambahan pos kawalan baharu itu bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pengambilan fungsi dan peranan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) oleh PGA," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program tinjauan sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok di sini.

Di Sarawak, dua pos akan dikendalikan PGA Batalion 10 iaitu Pos Tapak Megah, Belaga dan Pos Ulu Sungai Paku-Undop di Sri Aman.

Lima pos lagi akan dikendalikan PGA Batalion 11 iaitu Pos Biawak dan Pos Raso di Lundu, Pos Sebubok di Bau, Pos Sapit di Padawan dan Pos Temong Mura di Serian.
Satu pos di Sabah pula adalah Pos Pagalungan di Keningau dan ia dikendalikan PGA Batalion 16.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../8-pos-baru-pga-di-sabah...
Sumber: Harian Metro

8 pos baru PGA di Sabah, Sarawak tingkatkan keupayaan kawalan sempadan | Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS