Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BeSmartStayAlert PDRM LANCAR KEMPEN BENDUNG JENAYAH DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 8 November 2021- Dalam memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat berhubung jenayah komersil khususnya dalam talian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengambil inisiatif dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Jenayah Dalam Talian) sepanjang bulan November ini.

Kempen yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Berjaya Times Square hari ini merupakan manifestasi usaha berterusan PDRM dalam menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat bagi mengelakkan diri daripada menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik mangsa penipuan.

Dalam majlis sama, Dato' Sri Acryl Sani turut memperkenal Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan “Masking Code” PDRM sebagai saluran hebahan maklumat yang dihantar kepada masyarakat bagi pencegahan jenayah, sekali gus memantapkan penyampaian perkhidmatan Pasukan.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim, wakil-wakil agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), para pegawai kanan polis serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of one or more people, people standing and text

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of text that says 'LIE R Jenayah Komersil Kesejahteraan Komuniti' JABATAN PERKHIDMATAN Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Komersi JENAYAH KOMERSIL Malaysia CCID SCAM RESPONSE CENTER CCID NFOLINE SEMAKSMULE 610 1550 26101599 1599 FACEBOOK 013211 1222 .S FOLLOW M CHECK SCAMMERS BUKI AMAN @JSJKPDRM meAlertRMP'

May be an image of one or more people, beard, people standing and text that says 'Shopee Shop S DENGAN NIPUAN AGANG ri platform PDRM K akaun bank semak terlibat or an jenayah telefon yang komersial. みಟ **× sini Imboe.mpgov.y gov.my Imbas di'

May be an image of one or more people, people standing, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of one or more people and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS