Berita

KPN RASMIKAN MESYUARAT AGUNG RESPA KALI KE-37

KPN RASMIKAN MESYUARAT AGUNG RESPA KALI KE-37

Shah Alam, 9 November 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) kali ke-37 di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini.

Turut hadir Presiden RESPA, Tan Sri Dato' Mohd Ismail Che Rus dan Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass.

Dato' Sri Acryl Sani semasa merasmikan mesyuarat itu menzahirkan rasa bangganya terhadap persatuan tersebut yang didapati kekal cemerlang dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

"Saya amat bangga terhadap pencapaian cemerlang RESPA menguruskan persatuan dengan konsisten dan
terbaik, aktif dalam menjana pendapatan persatuan melalui perniagaan, di samping memastikan hal ehwal kebajikan 1,879 orang ahlinya sentiasa terbela.
"Saya berdoa semoga RESPA akan terus berjaya dalam usaha murninya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan anggota-anggota polis yang telah bersara serta dapat menarik lebih ramai para pesara untuk menjadi ahli, bukan sahaja demi kebaikan sendiri, tetapi juga kepentingan Persatuan dan Pasukan secara kolektifnya", ujar beliau 

Dato' Sri Acryl Sani turut menyeru ahli-ahli RESPA untuk menguar-uarkan portal rasmi e-Pesara kepada para pesara lain demi memudahkan tindakan pelaksanaan Pasukan menyalurkan pelbagai inisiatif yang diberikan oleh pihak Kerajaan.

Semasa mesyuarat yang berlansung selama sehari itu, ahli-ahli RESPA akan membuang undi untuk melantik Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2021 sehingga 2023.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed dan wakil ahli-ahli RESPA seluruh Malaysia.

Jurugambar: Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar & Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 13 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 1 person, standing, sitting and indoor

May be an image of 3 people, people sitting and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS