Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[POSTING PILIHAN] OP KONTRABAN: PPM LIMBANG RAMPAS ROKOK SELUDUP, ARAK BERNILAI LEBIH RM1.8 JUTA

Limbang, 9 November 2021 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Limbang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai bernilai RM1,888,176 di kawasan Taman Sentosa, di sini Jumaat lalu.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak, ACP Tuan Zulfikar Mohd Ghazali berkata, taktik yang digunakan sindiket ialah menjadikan rumah sebagai ‘gudang’ penyimpanan barang seludup.

"Serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota PPM Limbang berdasarkan maklumat serta risikan yang diperoleh oleh Unit Risik Marin Limbang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek seorang lelaki tempatan telah berjaya ditangkap.

"Pelbagai jenis minuman keras dan rokok dipercayai tidak bercukai dirampas, kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967," ujarnya.

Katanya, sebuah van yang dijadikan salah satu tempat simpanan barangan tidak bercukai tersebut juga telah dirampas dan dibawa ke Markas PPM Wilayah Lima Limbang.

"Tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat penyeludupan di Sarawak boleh menghubungi talian hotline PPM Wilayah Lima Sarawak di 082-334111 atau boleh juga melalui facebook rasmi PPM Sarawak.

Sumber: Pasukan Polis Marin Sarawak dan Sarawak Update

May be an image of 1 person, military uniform and text that says 'ZULF KAR ACP ZULFIKAR BIN MOHD GHAZALI Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak'

May be an image of 4 people, people standing and indoor

No photo description available.

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of text that says 'W W W'

No photo description available.

May be an image of car
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS