Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPD SUBANG JAYA

Subang Jaya, 10 November 2021 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, semalam.

Lawatan tersebut bertujuan untuk bertemu dengan warga kerja IPD Subang Jaya di samping menyampaikan nasihat dan amanat agar sentiasa komited serta berintegriti ketika melaksanakan tugas sepanjang berkhidmat dalam Pasukan sekali gus mewujudkan imej positif kepada masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, ketua-ketua bahagian dan barisan pegawai kanan polis IPD Subang Jaya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS