Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: PECUT 10KM LARI DARI POLIS

Tanah Merah, 12 November 2021- Bimbang dicekup pihak berkuasa kerana di bawah pengaruh dadah, dua lelaki bertindak memecut kenderaan dalam cubaan melarikan diri, semalam.

Dalam kejadian pada 5.35 petang itu, kenderaan Proton Waja yang dinaiki dua lelaki itu bagaimanapun terbabas sebelum berjaya dicekup pihak polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika tugas rondaan, anggotanya terserempak sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bendang Nyior.

"Apabila kereta peronda polis mengarahkan pemandu berhenti untuk membuat pemeriksaan, suspek bertindak memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

"Dengan bantuan unit kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal (URB), kami mengejar kenderaan itu sehingga ke Kampung Manal iaitu sejauh 10 kilometer (km).

"Permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS