Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG POSTING PILIHAN: 4.03 TAN KETUM GAGAL DISELUDUP

Bukit Kayu Hitam, 23 November 2021 - Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menggagalkan usaha menyeludup 4.03 tan daun ketum bernilai RM120,000 sepanjang kawalan Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand bermula 24 Oktober lalu sehingga hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihak berkuasa juga menahan enam individu yang cuba menyeludup ke negara jiran membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM135,855.

Menurutnya, rampasan lain yang dilakukan dalam Op Benteng tersebut adalah sebuah kenderaan (RM10,000), telefon bimbit (RM400), beg galas (RM30) dan dompet (RM10).

"Daun hijau disyaki daun ketum dirampas di kawasan Wang Kelian seberat 2.5 tan, dan 0.5 tan di kawasan Padang Besar mankala 0.7 tan di kawasan Chuping," katanya pada sidang akhbar di Bangunan PGA, Bukit Kayu Hitam, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, ACP Tuan Rosman Kasman berkata, kehadiran unit berkuda di sempadan Kedah dan Perlis dapat membantu pasukan penguat kuasa sedia ada menjaga sempadan di dua negeri ini dan negara jiran sejauh 105 kilometer.

Menurutnya, maklumat yang diterima, kehadiran unit berkuda berjaya mengurangkan kes penyeludupan dan mendapat reaksi positif daripada penduduk tempatan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../403-tan-ketum-gagal...
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 8 people

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, horse, outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 7 people and helicopter

May be an image of 2 people, people standing and horse

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, horse, outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 10 people, people standing, outdoors and text that says 'POLIS POLIS POLIS POLIS'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS