Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: LALUAN WANG KELIAN KEMBALI AKTIF

Padang Besar, 29 November 2021 - Wang Kelian yang sebelum ini 'sepi' sebaik sahaja penemuan kem dan kubur yang menempatkan 139 mayat di satu lokasi di atas bukit pada 2015, kini kembali aktif menjadi laluan penyeludup khususnya melibatkan daun ketum yang masih mendapat permintaan tinggi di Thailand.

Meskipun bentuk muka bumi di kawasan tersebut dikelilingi hutan tebal dan cerun bukit curam, kumpulan penyeludup tidak menghiraukan risiko demi mendapatkan keuntungan lumayan.

Selain itu, penguatkuasaan yang ketat di sekitar kawasan Padang Besar menjadi antara faktor kumpulan sindiket daun ketum itu cuba memilih Wang Kelian yang bersempadanan dengan wilayah Satun, Thailand sebagai laluan baharu aktiviti penyeludupan.

Jarak antara Wang Kelian ke sempadan Thailand kira-kira dua kilometer manakala dari kawasan Wang Burma pula kira-kira lima kilometer.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Azhar Hashim mendedahkan, sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai cara untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang mengawal kawasan sempadan darat sejauh 94 kilometer itu.

Katanya, sindiket penyeludupan tersebut sangat licik dan sering menukar modus operandi dalam usaha menyeludup keluar daun ketum yang mendapat permintaan tinggi di negara jiran.

Ujarnya, sindiket penyeludupan daun ketum itu lazimnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu dari sebelah sini dan Thailand.

"Sindiket penyeludupan ini menganggap laluan tersebut selamat, namun mereka tersilap kerana pihak berkuasa sentiasa mengawasi dan memantau rapat pergerakan mereka sehingga mematahkan beberapa cubaan menyeludup daun ketum berskala besar hasil risikan dan maklumat awam sebelum ini.

"Batalion 3 PGA juga sentiasa bekerjasama dengan ketiga-tiga Ibu Pejabat Polis Daerah negeri serta kontinjen Perlis dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan ini," katanya.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 1 person, outdoors and text that says 'Jadi tumpuan penyeludup khususnya libatkan daun ketum Laluan Wang Kelian kembali aktif OlehSYED Pasukan Gerakan Hashim menjadi liThailand. iaitu Besar tersilap UNIT berkuda FRU melakukan penugasan di kawasan pagar sempadan Perlis. aanm me- ekerinsamo kilomotor sol Burma Ka kepada sia, Pegawai Pemerintah Batalion sentiasa nyeludupan dalam aktiviti pe- katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS