Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Ramli Hj. Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain@Abd Rasid, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Abd Jalil Hassan atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.).
Keempat-empat Pengarah PDRM menerima P.G.P.P. bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis Tahun 2021 yang berlangsung di Istana Negara, pada hari ini.