Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: TAN SRI ACRYL SANI DAHULUI 58 PENERIMA DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA

Melaka, 4 Disember 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mendahului senarai 58 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, sempena Sambutan Hari Jadi ke-72 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di sini, hari ini.

Tan Sri Acryl Sani dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri pada istiadat penganugerahan di Kompleks Seri Negeri di sini.

Turut menerima anugerah sama adalah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Zamri Yahya dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira bersama tujuh individu yang lain.

Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS