Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM TERIMA BOT BAHARU TINGKAT KEUPAYAAN OPERASI BENCANA BANJIR

Kuantan, 17 Januari 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima tujuh buah bot baharu jenis 'Whaly' pelbagai saiz untuk meningkatkan lagi keupayaan Pasukan melaksanakan operasi banjir, khasnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Tujuh buah bot tersebut merupakan sebahagian daripada 50 buah bot baharu termasuk 14 unit pendayung dan 51 jaket keselamatan yang diperuntukkan untuk PDRM oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai menampung penggunaan aset sedia ada dalam menghadapi bencana banjir di masa akan datang.

Kesemua bot baharu tersebut diterima oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin dalam satu majlis yang berlangsung di Markas Briged Tenggara PGA Kuantan di sini, pagi tadi.

Dalam majlis yang sama, Dato' Seri Hamzah yang diiringi Dato' Razarudin telah ditaklimatkan mengenai situasi semasa bencana banjir di seluruh negara dan persediaan PDRM dalam menghadapi gelombang kedua di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia oleh Ketua Penolong Pengarah Krisis/Bencana, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Bukit Aman, SAC Tuan Ahmad Zailani Yaacob.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa dan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Kasuahdi Ali.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 1 person and road

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'AMAT BRIGEDTENGGARA DATANG WADAH BU PEJABAT TENGGAR RAZARUDIN'

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 14 people and people standing

May be an image of 3 people

May be an image of 6 people, outdoors and text that says 'LAWATAN KERJA PENGU PENGURUSAN BANJIR PANTAI TIMUR Oleh YB DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN MENTERI DALAM NEGERI PADANG KAWAD'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people and body of water

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 8 people, people standing and outdoors



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS