Keningau, 20 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengakhiri lawatan kerja di Sabah dengan meninjau keselamatan kawasan Persempadanan Pagalungan, Sabah (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia), diiringi Pesuruhjaya Polis(PJP) Sabah, CP Dato' Idris Abdullah di sini, pada Rabu.
Tan Sri Acryl Sani turut membuat pemantauan persempadanan dari udara sebelum melawat Pondok Polis Pagalungan dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Komander Briged Sabah, SAC Tuan Abdul Rani Alias serta beramah mesra dengan 30 Ketua-ketua Masyarakat Mukim Pagalungan semasa lawatan beliau ke Pejabat Daerah Kecil Pagalungan, Sabah.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan),Bukit Aman, CP Datuk Mastor Mohd Ariff, Setiusaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Tuan Hj. Hamzah Hj. Ahmad.
Sumber: Polis Daerah Keningau