Kuala Lumpur, 24 April 2022 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah mengadakan satu upacara sembahyang khas di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) 2, Petaling Jaya, Selangor sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215, pagi tadi.
Aktiviti keagamaan ini merupakan salah satu acara tahunan bagi menyemarakkan lagi sambutan peringatan Hari Polis yang diraikan pada 25 Mac setiap tahun. Selain itu, upacara ini memberi ruang dan peluang kepada warga PDRM mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat agar semangat “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” terus kekal dan utuh selamanya.
Upacara yang diketuai oleh Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Tan Chong Jin selaku pengerusi jawatankuasa penganjur turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Victor Sanjos bersama para pegawai polis dan masyarakat setempat yang beragama Kristian.