Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] OP SELAMAT 18: LALU LINTAS UTARA, SELATAN TERKAWAL DAN SEDIKIT KESESAKAN DI PANTAI TIMUR - PENGARAH JSPT

Kuala Lumpur, 8 Mei 2022 - Keadaan lalu lintas di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), khususnya dari utara dan selatan didapati terkawal namun sedikit kesesakan berlaku di laluan dari arah Pantai Timur. Tinjauan Berita Harian bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim, dengan menaiki helikopter Pasukan Gerakan Udara di laluan dari arah selatan ke ibu negara, mendapati laluan berkenaan lancar dan terkawal. Datuk Wira Mat Kassim berkata, hasil tinjauan mendapati jumlah kenderaan dikesan banyak dari arah Alor Gajah, Melaka melalui susur keluar Pedas, Linggi sehinggalah ke persimpangan Seremban, Port Dickson. Beliau berkata, secara keseluruhan hari ke-10 Op Selamat 18, menyaksikan keadaan lalu lintas lancar di semua tempat selepas kebanyakan warga Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran sudah kembali ke ibu kota. "Namun ada kesesakan dilaporkan berlaku membabitkan laluan dari arah Gua Musang, sehingga ke Bentong, Pahang dan seterusnya hingga ke Plaza Tol Gombak. "Kesimpulannya boleh dikatakan sebahagian daripada lebih lima juta kenderaan yang direkodkan meninggalkan ibu negara pada 29 April lalu kini sudah kembali ke Lembah Klang," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lalu-lintas-utara-selatan...

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS