Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] OP SELAMAT 18: MEMANDU LEBIHI HAD LAJU ANTARA KESALAHAN TERTINGGI DIKESAN - TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 8 Mei 2022 - Memandu melebihi had laju antara kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan. Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata, sebanyak 222,512 saman dikeluarkan setakat ini. "Memandu melebihi had laju antara enam kesalahan utama yang mencatatkan saman tertinggi iaitu sebanyak 212,469 saman dikeluarkan diikuti 3,613 saman melibatkan kesalahan lampu isyarat."Selain itu, sebanyak 2,903 saman dikeluarkan terhadap kesalahan potong barisan, 1,712 saman melibatkan alat komunikasi, 1,080 saman bagi kesalahan memotong garisan berkembar dan 735 saman memandu di lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Mengulas lanjut, Dato' Razarudin berkata, sebanyak 148 kemalangan maut membabitkan 154 kes kematian direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Op-Selamat-Memandu...

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS